CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, August 26, 2010

~khas buat insan bergelar sahabat~

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Demi Tuhanku yang diriku di bawah penguasaan-Nya dan sentiasa dalam pengawasan-Nya, aku tidak menulis melainkan untuk mengabdikan diri kepada-Nya dan dengan izin-Nya. Sesungguhnya aku menulis dengan penuh kasih sayangku kepadamu sebagai seorang sahabat, sebagai seorang saudara seagamaku. Aku tidak inginkan melainkan kebaikan bagi dirimu dan bagi diriku agar kita sama-sama beroleh syurga yang sangat kita impikan di pengakhiran sebuah perhitungan.

Wahai sahabatku,

Cinta itu letaknya di hati dan hati itu milik Allah. Tidak mungkin kita dapat menyentuh hati seseorang tanpa izin Allah dan jika Allah tidak mengkehendaki. Tidak patut kita serahkan hati kita yang dimiliki Allah itu kepada orang lain untuk dikuasai atau diperintah. Bahkan memang sepatutnya kita serahkan jiwa dan raga kita seluruhnya kepada Allah. Adapun rasa cinta yang lahir sesama manusia itu hanya jalan menuju cinta Allah. Janganlah sekali-kali kita menukarkan tujuan cinta di hati yang sepatutnya untuk Allah kepada manusia hanya kerana kita dapat melihat kecantikan manusia dan kita tidak dapat melihat Allah, kita cuma merasa dan melihat kecantikan segala ciptaan-Nya. Kita lupa dan selalu tidak sedar hakikat segala kecantikan itu adalah milik Allah. Jadikanlah cinta kepada manusia itu sebagai jalan menuju Tuhan, bukan matlamat dan pengakhiran destinasi cinta. Maka engkau akan lebih tenang menerima segala penolakan.

Wahai sahabatku,

Hati kita meronta untuk mencintai dan dicintai. Alangkah remuk redamnya hati tatkala apa yang kita cintai tidak kita miliki. Alangkah kecewanya jiwa tatkala cinta kita tidak dibalas oleh orang yang kita cintai. Ternyata hati itu bukan milik kita, ia milik Allah. Kita tidak bersalah tatkala cinta itu lahir terhadap seseorang, tetapi kita keterlaluan tatkala kita memaksa ia kepada seseorang. Bukankah sepatutnya kita redha dengan ketentuan Allah yang tidak menumbuhkan cinta terhadap kita di hati orang yang kita cintai? Alangkah zalimnya kita tatkala kita tidak dapat menerima apa yang telah ditetapkan oleh Allah. Sedangkan saban hari kita sering tidak menghargai cinta Allah, kita tidak pula membalas segala anugerah cinta yang Allah berikan kepada kita pada setiap hembusan nafas, pada setiap detik kehidupan yang kita lalui. Bukankah Allah lebih layak untuk murka kepada kita kerana kita tidak membalas-Nya dengan ketaatan yang sepatutnya?

Wahai sahabatku,

Allah menjanjikan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik. Yakinlah akan janji Allah, sesungguhnya Allah tidak memungkiri janji. Perbaikilah setiap inci kehidupanmu agar engkau termasuk di kalangan orang yang beroleh pasangan yang baik. Allah tahu tentang dirimu lebih daripada engkau sendiri. Maka Allah telah menetapkan untukmu lebih baik daripada apa yang engkau kehendaki. Boleh jadi engkau cintakan sesuatu tetapi ia buruk bagimu dan begitu juga sebaliknya. Pada setiap persimpangan kehidupanmu, apakah engkau merasakan bahawa Allah tiada bersamamu? Bahkan dia sentiasa mendengar dan melihatmu. Persoalannya, apakah engkau sudah merintih pada-Nya, meminta pada-Nya dan memperlihatkan apa yang sepatutnya kepada –Nya? Aku berlindung dengan Allah daripada menjadi hamba yang kufur dan lupa diri.

Wahai sahabatku,

Sungguh cinta itu telah menjadi faktor yang dapat mengubah sesuatu kepada lebih baik atau sebaliknya. Ada manusia biasa yang berubah menjadi wali kerana kuasa cinta, dan ada pula yang bisa menjadi hina kerana dikuasai cinta. Ya, tamadun itu berkembang dan boleh jadi hancur kerana cinta. Tidakkah engkau melihat Taj Mahal yang terbina kerana cinta? Sebaliknya, ada pula yang membunuh kerana cinta. Persoalanku kepadamu, apakah engkau ingin berubah kerana cinta ke arah Redha Allah atau mungkin lebih jauh daripada Allah?

Wahai sahabatku,

Aku tidak mengatakan bahawa aku mengetahui segala isi hatimu atau segala kekacauan yang mengisi jiwamu. Aku cuma ingin berpesan agar engkau tidak meletakkan keinginanmu lebih tinggi daripada ketentuan Allah. Aku ingin engkau mengerti bahawa milik Allahlah segala kejadian. Kemudiannya aku ingin engkau membawa kefahaman tersebut kepada pengamalan dalam kehidupan yang kau lalui agar ia hidup bersamamu di dalam setiap inci kehidupan. Janganlah engkau mengatakan bahawa engkau mentaati Allah di saat hidupmu bergelumang dengan jahiliah. Aku juga sepertimu, anak muda yang bergelora jiwanya. Maka aku berpesan kepadamu agar aku juga dipelihara Allah daripada segala penyelewengan dalam memahami hakikat cinta. Aku memohon keampunan kepada Allah atas segala kesalahan yang kuungkapkan dan kumohon kau doakanlah kebahagiaanku di dunia dan di akhirat. Moga kita dipertemukan Allah untuk hidup di syurga yang kekal selama-lamanya.



Wahai wanita solehah, jangan risau akan jodohmu kerana muslimin yang bijaksana takkan terpaut pada wanita hanya kepada kecantikan, lirikan senyuman, pada bicara manja dan menggoda atau pada pujuk rayu seorang wanita yang meruntuhkan imannya. Telah tercatat seungkap nama lelaki di Luh Mahfuz untukmu. Cuma peribadinya ditentukan oleh sejauh mana ketinggian peribadimu. Jika kau tetap di atas jalan yang di redhai-Nya, InsyaAllah si dia turut di jalan yang sama.



SwEeT MeMoRiEs..(Group 5 Tamhidi)





Tuesday,26 August 2010(16 Ramadhan)

HARI INI GROUP 5 TAMHIDI MACAM BESE BUAT IFTAR DI BULAN Y PENUH BERKAT INI.SAMBIL-SAMBIL TU ,SEMPENA HARI KELAHIRAN 2 ORANG SAHABAT KITA,DHAMIE DAN ZACK..HEPI BESDAY TO BOTH OF YOU..!! SEMOGA UKHUWAH YANG TERJALIN SEJAK TAMHIDI TETAP KUKUH DAN BERKEKALAN SAMPAI BILA-BILA..

MINGGU BUSY.?!


salam mujahadah..

kenapa hari nie mengantuk sangat!?! OoWH..Patutla asyik mengantuk jer dalam lecture MATHS,USUL FIQH,Nak-nak lagi OB (ORGANIZATIONAL BEHAVIOR)..Memang sudah menjadi tradisi budak-budak FEM tido dalam lecture OB nie. Madam plak jenis xkisah jew..eh,dah terlajak plak..sebenarnya nak citer pasal kenapa boleh jadi mengantuk sangat sejak akhir-akhir nie..

BUAT ASSIGNMENT USUL FIQH LAST MINIT!!
USTAZ DAH BAGI EXTENT 1 MINGGU PUN STILL BUAT LAMBAT LAGI..BILA DAH NAK KENA SUBMIT BARU LAR TERKAPAI-KAPAI NAK CARI MATLUMAT KAT LIBRARY,P BUAT RESEARCH KAT INFAD LA,PINJAM BUKU-BUKU DENGAN X-HOUSEMATE TERCINTA LA..(LIZA FIFA).MCM MANE LAR XTERTIDO DALAM KELAS.. MALAM NAK ANTA ASSIGNMENT TU LA BARU NAK TAIP,EDIT,PRINT,LEWAT MASUK KELAS FIQH NANTI USTAZ AMIK PICTURE..(DAH ADE PENGALAMAN..HEHE)…MEMANG MEMALUKAN..

MINGGU NIE MEMANG BUSY TAPI INI BUKAN ALASAN UNTUK KITA TERUS MENYALAHKAN MANA-MANA PIHAK.SEMUANYA BERPUNCA DARIPADA SIKAP KITA SENDIRI YANG TIDAK TAHU MENGURUS MASA DENGAN SEBAIKNYA.."JIKA ORANG LAIN DAPAT MELALUINYA,KENAPA KITA TIDAK BOLEH?? RENUNG-RENUNGKANLAH...

Friday, August 13, 2010

~Tak kenal kerana tak cinta,apabila dah kenal pasti cinta~




"Tidak makan kerana tiada makanan, itu bukan pelajaran. Tidak minum kerana tiada minuman, itu bukan latihan. ketika kita ada segalanya untuk dimakan, namun kita memilih untuk tidak makan, kerana mentaati Allah, itulah latihan. Ia adalah latihan untuk berkata TIDAK kepada sesetengah kemahuan diri, supaya kita dapat tingkatkan daya kawalan diri.

-abu saif-


Bagaikan menanti tetamu istimewa datang ke rumah,segala persiapan yang lebih dari biasa juga akan kita lakukan. Tidak cukup dengan hanya mengemas rumah bahkan membeli perhiasan baru atau membuang habuk-habuk padang siling yang sebelum ini tidak penah dibuang. Semua ini dilakukan hanya untuk menyambut tetamu istimewa itu.Apatah lagi apabila tetamu istimewa itu telah tiba,pasti kita akan melayaninya dengan lebih istimewa.

Begitu juga dengan Ramadhan,sepatutnya kehadiran bulan Ramadhan Kareem ini kita sambut seperti menyambut tetamu yang istimewa itu, lebih luar biasa dan lebih istimewa. Jika sebelum ini Al-Quran bukanlah dibaca setiap hari disebabkan kesibukan,persiapan menyambut Ramadhan membuatkan kita lebih berusaha untuk bukan sahaja membaca A l Quran,malahan bertadarus setiap hari. Jika sebelum ini kita jarang sekali untuk bersedekah,sekarang bersedekah menjadi antara amalan utama. Semoga amalan -amalan ini akan menjadi konsisten dan semakin bertambah ketika bulan Ramadhan yang penuh keberkatan ini.

Adakah kita benar-benar mengenali Ramadhan atau kita hanya mengetahui tanpa menghayatinya?

"Bulan Ramadhan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk itu dan membezakannya antara yang benar dan salah"

(AL-BAQARAH:185)

Inilah antara keistimewaan Ramadhan kareem.Bulan di mana manual-manual perjalanan kita semasa di dunia untuk kembali ke rumah asal kita di syurga diturunkan.Bukan itu sahaja, kitab injil,taurat dan zabur juga diturunkan pada bulan ini. Terbukti kasih ALLAH kepada hambaNya kerana Dia tidak membenarkan kita terkapai-kapai mencari jalan sendiri yang penuh dengan persimpangan.Persoalannya, adakah kita benar-benar mengikut manual yang dipandu Al-QURAN?

Banyak lagi peristiwa hebat dalam sejarah Islam yang berlaku dalam bulan Ramadhan.Antaranya:

  • Perang Badar Al-Kubra terjadi
  • Peristiwa Fathul Makkah
  • Perjalanan Nabi Muhammad dan muslimin ke Tabuk melawan Rom
  • Islam sampai ke yaman
  • TEntera Islam pimpinan Sultan Saifuddin Muzafar Qutuz mengalahkan tentera Monngol di Ain Jalut
  • Pembukaan Andalus (Sepanyol) oleh Tariq Ziyad
Pepatah melayu" Tak kenal maka tak cinta' jelas terbukti disini.Apakah bukti Ramadhan bagi kita? Adakah ia sama sahaja dengan bulan-bulan yang lain?Atau benarkah ungkapan " Kedatanganmu dinanti,pemergianmu ditangisi" benar-benar tersemat di hati?

Semoga kita semua termasuk dalam golongan orang-orang yang beroleh keuntungan hasil dari kemuliaan Ramadhan al mubarak ini..


Friday, August 6, 2010

Untukmu ADAM dan HAWA

Adam…

Kau bilang dirimu hebat dan kuat ibarat pahlawan,

Gagah perkasa seperti Badang,

Kau gunakan Hawa sebagai umpan,

Untuk membuktikan kelelakianmu yang hanya temberang.

Hawa…

Kau bangga dengan kecantikan lahiriah yang ada padamu,

Kau sanjung tinggi Adam yang terpikat dengan keindahan rupamu,

Kau tersenyum manis saat Adam melihat lenggok tubuhmu,

Tapi kau marah dan benci bila ada segelintir Adam yang menegurmu.

Adam…

Kadangkala kekacakan yang ada padamu,

Bisa membuat Hawa lemah dan cair ibarat ais terkena api,

Hati yang rapuh mudah luluh dan tunduk pada nafsu,

Jiwa yang halus mudah pula jatuh hati.

Hawa…

Iblis menggunakanmu sebagai umpan untuk memerangkap Adam,

Kau harus ambil kesempatan ini untuk memperdayakan Iblis,

Selamatkanlah Adam dari cengkaman api yang tidak akan terpadam,

Jatuhkanlah musuh Islam dengan akal satumu yang genius.

Adam…

Kata-kata manis nistamu bisa menggoda hati Hawa,

Senyum nakalmu membuatkan Hawa semakin suka,

Lembutmu dalam berkata membuatkan Hawa senang mendekatimu,

Sikap prihatinmu membuat Hawa tergilakan perhatianmu.

Hawa…

Sikapmu yang tidak endah menjadikan Adam berani terhadapmu,

Berani mengambil kesempatan untuk menyentuh maruahmu,

Ketidaktegasanmu membuatkan Adam semakin suka akan dirimu,

Hingga kau pun hanyut dalam dunia cinta palsu.

Adam…

Kau bilang akalmu sembilan mengalahkan nafsumu yang satu,

Gunakanlah akalmu itu untuk mendidik nafsumu yang boleh membinasakan Hawa,

Cerdikkanlah akalmu itu dengan berjihad menentang nafsumu,

Agar Hawa terpelihara sentiasa dalam jagaan taqwa.


Hawa…

Lenggok tubuhmu bisa membuat Adam terpaku dan mata menjadi sepi,

Lembut suaramu bisa mencairkan hati lelaki Adam,

Longgarkanlah pakaianmu agar tubuhmu tertutup rapi,

Tegaskanlah suaramu supaya syaitan tidak berpeluang merasuk Adam.

Oleh itu Adam…

Bersikap tegaslah dengan Hawa dalam setiap urusanmu,

Kau harus kuat dan sabar dalam membimbing Hawa yang semakin liar,

Kau harus teruskan perjuanganmu menentang hawa nafsumu,

Agar nafsu Hawa tidak terus-terusan menular.

Adam…

Hawa meminta agar kau bersikap tegas dan berani,

Supaya Hawa takut untuk menggoda dan mendekati,

Supaya syaitan tidak membisikkan godaan nafsu durjana,

Agar kau bisa menjadi pemimpin dan ketua yang diidami Hawa.

Begitu juga Hawa…

Mahalkanlah senyummu yang bisa menawan hati lelaki,

Jagalah dan peliharalah aurat dan maruah dirimu,

Untuk membentengi nafsu yang sangat dibenci,

Agar kau suci terpelihara saat Adam menyuntingmu.

Hawa…

Adam mudah cair dengan keanggunan wajahmu,

Namun…itu bukanlah yang Adam harapkan,

Adam mengharapkan Hawa yang berpegang teguh pada agama sebagai penyuci kalbu,

Adam juga menginginkan Hawa yang sopan dan memelihara aurat dalam berpakaian.







DAN












Untukmu Adam :

Jadilah Adam yang berpendidikan tinggi dalam agama yang bisa membimbing Hawa dari menjadi mangsa godaan syaitan dan nafsu yang boleh membinasakan. Jadilah Adam yang murah dengan kata-kata nasihat dan teguran yang boleh memperbaiki Hawa. Jadilah Adam yang sentiasa berjuang menentang nafsu dan memelihara maruah diri untuk orang tercinta yang sah bergelar isteri. Jadilah juga Adam yang boleh menjadi ketua keluarga, imam dalam solat berjemaah dan pemimpin agama seperti yang diingini oleh Hawa.

Untukmu Hawa :

Jadilah Hawa yang tinggi dengan didikan agama, merendah diri dengan akhlak terpuji dan baik hati. Jadilah Hawa yang menjaga aurat dan maruah diri dari sewenang-wenangnya dilihat ajnabi. Jadilah Hawa yang sentiasa haus akan ilmu nasihat dan teguran sebagai persiapan menjadi Hawa yang solehah untuk seorang yang sah bergelar suami. Jadilah juga seorang Hawa yang bisa menjadi anak, ibu dan isteri yang solehah serta hamba Allah yang beriman dan bertaqwa seperti yang diidamkan oleh Adam.