CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sunday, June 27, 2010

..NoTa CinTa..

Andainya dapat kumenulis
Nota-nota cinta buat diri Nya
Inginku titipkan bersama
Semua kuntuman bunga yang indah berseri

Kusembur haruman mewangi
Bersama kata-kata puji
Sedang Dia tahu kasih dan cintanya aku
Menjalin ikatan menuju ke syurga

Cintaku kepada Dia
Rinduku hanya pada Nya
Kasehku balas cinta Nya
Setiaku balas kasih Nya
Kasihku kasih yang setia pada yang punya

Dambaku pada Yang Esa
Pujian hanya buat Nya
Akurku kebesaran Nya
Teragung Maha Suci Nya
Taatku hamba yang hina pada Pencipta

Kiranya aku hilang arah
Jalan hidupku berubah punah
Namun kasih Nya tak pernah akan musnah
Belas rahmat Nnya terus mencurah-curah
Nur hidayah Nya semakin cerah

Salam ukhuwwah..
Amat menarik kata-kata dalam lirik ini..
ini lagu nota cinta kumpulan saujana yang terbaru...

Sebagai hambaNya,
Cinta itu hanya hanya layak untuk Yang MAHA ESA.
Rindu itu hanya layak pada Yang MAHA KUASA.
Kasih itu hanya layak pada Yang MAHA BIJAKSANA.
Antara dua Cinta yang inginku miliki,
cinta Ilahi dan cinta insani..
pasti yang UTAMA cinta Ilahi..
kerana CintaNYA adalah Cinta hakiki...

..MUSLIMAH SEJATI @ BIDADARI SYURGA..


Wanita di dunia lebih baik daripada bidadari sebagaimana yang zahir lebih baik daripada yang batin.

Setiap mujahid pasti mengimpikan seorang muslimah solehah yang mampu menjadi penguat semangatnya,yang tidak jemu menebarkan kata-kata perjuangan untuknya,menjadi tempat sandaran tatkala mereka jatuh,justeru menjadi penyokong setia di sebalik kejayaan mereka.

“Di sebalik kejayaan seseorang lelaki,pasti terdapat seorang wanita di belakangnya.”

Namun, bagaimanakah segelintir wanita pada masa ini?

Wanita solehah tidak boleh sembarangan mencintai lelaki. Lelaki yang paling wajar dicintai oleh wanita solehah ialah Nabi Muhammad SAW. Ini kerana Nabi Muhammad SAW adalah pembela nasib kaum wanita. Baginda telah mengangkat martabat kaum wanita daripada diperlakukan dengan kehinaan pada zaman jahiliyah, khususnya oleh kaum lelaki. Ajaran yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW juga berjaya menyempurnakan budi pekerti kaum lelaki. Ini membawa keuntungan kepada kaum wanita kerana mereka mendapat kebebasan dalam kawalan dan perlindungan keselamatan oleh kaum lelaki.

Wanita pada masa ini begitu liberal atau terbuka dalam banyak hal. Wanita kini mula dipandang sebagai golongan yang berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan kaum lelaki . Mereka memperkata tentang penindasan terhadap wanita, hak sama rata yang harus dinikmati oleh wanita dan pelbagai perkara lagi yang menuntut suatu keadaan di mana wanita boleh menikmati apa yang dinikmati oleh kaum lelaki. Namun, suatu hal yang kurang diperjuang oleh golongan feminis ini ialah perjuangan mengembalikan wanita kepada lumrah asalnya iaitu memelihara maruah dan melapik diri dengan sifat malu. Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasullullah s.a.w bersabda yang bermaksud:


“Iman itu ada lebih 60 cabang. Dan sifat malu adalah sebahagian daripada cabang iman.”

“Aku melihat ke dalam syurga, maka aku melihat kebanyakan penduduknya adalah fuqara (orang-orang fakir) dan aku melihat ke dalam neraka maka aku menyaksikan kebanyakan penduduknya adalah wanita.”

(Riwayat Bukhari dan Muslim daripada Ibnu Abbas dan Imran serta selain kedua-duanya)

Imam Qurthubi rahimahullah menjelaskan hadis di atas dengan pernyataannya:

“Penyebab sedikitnya kaum wanita yang masuk syurga adalah hawa nafsu yang mendominasi pada diri mereka, kecenderungan mereka kepada kesenangan-kesenangan dunia, dan berpaling dari akhirat kerana kurangnya akal mereka dan mudahnya mereka untuk tertipu dengan kesenangan-kesenangan dunia yang menyebabkan mereka lemah untuk beramal...”

Oleh itu,berpesan-pesanlah sesama kamu untuk memperbaiki dan muhasabah diri yang kian hari kian tidak berperikemanusiaan. Tatkala orang lain sibuk memperjuangkan isu Palestin, kita golongan wanita tidak putus-putus dikaitkan dengan isu pembuangan bayi. Di manakah letaknya sifat keibuan yang menjadi kebanggaan setiap wanita? Dimanakah sifat insani? Dimana hilangnya malu kalian? Sedarlah wahai wanita sekalian..

“Seorang muslimah sejati bukan dilihat dari kecantikan dan keayuan wajahnya semata-mata.Wajahnya hanyalah satu peranan yang amat kecil,tetapi muslimah sejati dilihat dari kecantikan dan ketulusan hatinya yang tersembunyi. Itulah yang terbaik”.

“Muslimah sejati juga tidak dilihat dari bentuk tubuh badannya yang mempersona,tetapi dilihat dari sejauh mana ia menutupi bentuk tubuhnya yang mempersona itu".

"Muslimah sejati bukanlah dilihat dari sebanyak mana kebaikan yang diberikannya ,tetapi dari keikhlasan ketika ia memberikan segala kebaikan itu.Muslimah sejati bukanlah dilihat dari seberapa indah lantunan suaranya tetapi dilihat dari apa yang sering mulutnya bicarakan.Muslimah sejati bukan dilihat dari keahliannya berbahasa,tetapi dilihat dari bagaimana caranya ia berbicara dan berhujah kebenaran".

“Ketahuilah muslimah sejati bukan dilihat dari keberaniannya dalam berpakaian grand tetapi dilihat dari sejauh mana ia berani mempertahankan kehormatannya melalui apa yang dipakainya. Muslimah sejati bukan dilihat dari kekhuwatirannya digoda orang di tepi jalanan tetapi dilihat dari kekhuwatirannya dirinyalah yang mengundang orang tergoda".

"Muslimah sejati bukanlah dilihat dari seberapa banyak dan besarnya ujian yang ia jalani tetapi dilihat dari sejauh mana ia menghadapi ujian itu dengan penuh rasa redha dan kehambaan kepada TUHAN nya,dan ia sentiasa bersyukur dengan segala kurniaan yang diberi.Dan ingatlah, muslimah sejati bukan dilihat dari sifat mesranya dalam bergaul tetapi dilihat dari sejauh mana ia mampu menjaga kehormatan dirinya dalam bergaul”.

Friday, June 25, 2010

~SyAiR QaLbI~

Salam Mujahidah..

"Final exam is around the corner!!"

Tak sabar rasanya ingin pulang ke kampung halamanku nun jauh di pantai timur.Bandaraya pesisir air yang sentiasa kurindui semenjak diriku bergelar mahasiswi.Namun,final exam yang hampir tiba betul-betul 'membutukan' diriku untuk mengulangkaji 2 subjek yang diambil pada short sem ini. 'Housemate ku' yang pun begitu..Masing-masing berkurung di dalam bilik, ulangkaji dan terus mengulangkaji. .Harap-harap semua dapat skor yang terbaik..!!
Amin Ya Rabb...
Teringat daku akan saudara se-islam di Gaza,Palestin. Serangan Israel Laknatullah ke atas sukarelawan-sukarelawan di atas kapal Mavi Marvara begitu menyayat hatiku. Serangan ke atas konvoi Lifeline 4 Gaza telah membuktikan kekejaman Israel Laknatullah.Sungguhku terharu dengan perlancaran 'Minggu Memperingati Gaza' di kampusku..Melihat rakan-rakan seperjuangan yang bertungkus lumus menjayakan program-program sepanjang minggu itu.Aku juga tidak melepaskan peluang yang ada untuk turut menghayati kesengsaraan yang dialami oleh saudara-saudari di Palestin.

..PALESTINA TERCINTA..

Untukmu jiwa-jiwa kami
Untukmu darah kami
Untukmu jiwa dan darah kami
Wahai Al-Aqsho tercinta

Untukmu jiwa-jiwa kami
Untukmu darah kami
Untukmu jiwa dan darah kami
Wahai Al-Aqsho tercinta

Kami akan berjuang
Demi kebangkitan Islam
Kami rela berkorban
Demi Islam yang mulia

Untukmu, Palestina tercinta
Kami penuhi panggilanmu
Untukmu, Al-Aqsho yang mulia
Kami kan terus bersamamu

Untukmu, Palestina tercinta
Kami penuhi panggilanmu
Untukmu, Al-Aqsho yang mulia
Kami kan terus bersamamu

A aa aaaa
A aaa aaa
A aaa aaaa a a a aa
A aa aaaa
A aaa aaa
A aaa aaaa a a a aa

Kami akan berjuang
Demi kebangkitan Islam
Kami rela berkorban
Demi Islam yang mulia

Untukmu, Palestina tercinta
Kami penuhi panggilanmu
Untukmu, Al-Aqsho yang mulia
Kami kan terus bersamamu

Untukmu, Palestina tercinta
Kami penuhi panggilanmu
Untukmu, Al-Aqsho yang mulia
Kami kan terus bersamamu

Untukmu jiwa-jiwa kami
Untukmu darah kami
Untukmu jiwa dan darah kami
Wahai Al-Aqsho tercinta

Ya Robbi, izinkanlah kami
Berjihad di Palestinamu
Ya Alloh, masukkanlah kami
Tercatat sebagai syuhadamu

Ya Robbi, izinkanlah kami
Berjihad di Palestinamu
Ya Alloh, masukkanlah kami
Tercatat sebagai syuhadamu
Tercatat sebagai syuhadamu
Tercatat sebagai syuhadamuuu

SALAM JIHAD & BOYCOTT BARANGAN ISRAEL LAKNATULLAH.!!

Thursday, June 24, 2010

"Short Sem stories"



بسم ألله الرحمن الرحيم


Hari ini cuaca terang dan cerah, disinari mentari yang menghangatkan jiwa,angin lalu yang sepoi-sepoi bahasa mengiringi jejak langkahku ke kampus Usim bersama temanku. Tatkala temanku berkata,
"harap-harap hari ini cuaca tak panas,da lah kena jalan kaki nie, bus xde".
Aku hanya berdiam diri sambil mengharapkan harapan yang sama. Alhamdulillah..akhirnya kami tiba di kampus diiringi cuaca yang begitu redup, tiba di pintu hadapan Fakulti Sains Teknologi dengan perasaan yang amat gembira. Hanya jalan itu yang kami berdua susuri setiap pagi untuk 'short sem' ini memandangkan kami ditempatkan di Acacia Avenue.Seperti biasa kami ada kuliah fiqh ibadat dan munakahat dan Akidah pada setiap hari Isnin. Teringat aku pada kata-katanya malam semalam,

"Nasib baik esok ada kuliah jer, xde lah kelam kabut sangat"
Aku menjawab,
"Ha'ah yelah tu,dah lah akidah xbace lagi nie..""Banyak lagi xbaca"

Sepertinya aku tidak begitu mengenalinya,walaupun aku kelihatan gembira bersamanya namun banyak yang aku pelajari daripadanya. Kadang-kadang aku sedikit hampa dengan pendapat yang diutarakannya namun aku hanya mendiamkan sahaja,tanda hormat aku pada pandangan sahabatku.

Sebagai renungan bersama...
Diam orang mukmin itu ibadah,
Ibadah tanpa perbuatan,

Ibadah rasa,
Ibadah ini tidak meletihkan,
Kadang-kadang ibadah ini lebih baik daripada ibadah sunat,
Yang hatinya didalam kelalaian,
Macamana orang mukmin itu diamnya menjadi ibadah?

Kadang-kadang memikirkan dosanya,
Kadang-kadang memikirkan apa kebaikan yang nak dibuat,
Kadang-kadang memikirkan nak menolong kawan,
Kadang-kadang dia terasa kebesaran Tuhan,
Atau dia meniatkan, dia diam itu,
Tidak mahu bercakap yang bukan-bukan,
Kadang-kadang dia diam itu, kalau dia bercakap,
Takut dia melakukan kesalahan,
Seperti dia mengumpat atau,

Kalau dia bercakap, takut-takut menyakiti hati orang,
Atau dia diam itu, menghormati percakapan orang,
Mungkin orang itu bercakap baik dapat pengajaran,
Atau dia hendak mengenal orang yang bercakap itu,
Baik atau jahat,
Dia biarkan saja orang itu bercakap,
Dan mendengar sahaja,
Kerana nak mengenal orang itu,

Kadang-kadang dia diam itu memikirkan dosa-dosa yang lalu,
Ataupun kecuaian dan kelalaian,
Yang telah dibuat, supaya dia bertaubat,
Ataupun mengingatkan ilmu pengetahuan,
Ataupun pengetahuan yang dilupakan datang semula ingatan,

Itulah yang dikatakan oleh pepatah Melayu,

"Diam-diam ubi berisi"
"Diam-diam tong kosong"
Atau "diam-diam tong penuh berisi kekotoran" .

Abou Hurayrah relates that Allah's Messenger (peace be upon him) said: "Whoever believes in Allah and the Last Day should speak a good word or remain silent. And whoever believes in Allah and the Last Day should show hospitality to his neighbor. And whoever believes in Allah and the Last Day should show hospitality to his guest."� [Sahih Al-Bukhari and Sahih Al Muslim]

The Prophet (peace be upon him) said: "Indeed a servant will speak a word pleasing to Allah that he thinks to be insignificant, but because of it Allah raises him by many degrees. And indeed a servant will speak a word displeasing to Allah that he thinks to be insignificant, but because of it, He will consign him to the Hellfire."� [Sahih al-Bukhari]

~19 Hadis Nabi mengenai Wanita~


19 Hadis Nabi Mengenai Wanita.

1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana
sifat
penyayangnyayang lebih kuat daripada lelaki. Ketika
ditanya kepada
Rasulullah akan hal tersebut, jawab baginda, "Ibu lebih
penyayang
daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan
sia-sia".

2. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam
rahimnya, maka
beristighfarlah para malaikat untuknya.Allah
mencatatkan baginya
setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan
darinya 1,000
kejahatan.

3. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak
bersalin, maka Allah
mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada
jalan Allah.

4. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak,
keluarlah dia dari
dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

5. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi
ibu itu setiap
satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara
anaknya yang
sakit, maka Allah memberinya pahala seperti
memerdekakan 70 hamba
dengan ikhlas untuk membela agama Allah.

7. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya,
darjatnya
seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan
Allah dan orang
yang takutkan Allah, akan diharamkan api neraka ke
atas tubuhnya.

8. Barangsiapa membawa hadiah, (barang makanan dari
pasar ke rumah
lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya
seperti bersedekah.
Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak
lelaki. Maka
barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah
dia
memerdekakan anak Nabi Ismail.

9. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan
agama, maka
Allah memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu
daripada suaminya
(10,000 tahun).

10. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa
bulan Ramadhan,
memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya,
masuklah dia dari
pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.

11. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki

yang soleh.

12. Aisyah berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah,
siapakah yang
lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab Rasulullah,
"Suaminya".
"Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah,
"Ibunya".

13. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu,
maka jawablah
panggilan ibumu dahulu.

14. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di
laut,burung di
udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua
beristighfar
baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta
menjaga sembahyang
dan puasanya.

15. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan
tertutup
pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga.
Masuklah dari
mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak
dihisab.

16. Syurga itu di bawah tapak kaki ibu.


17. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan
tinggal bersama aku
(Nabi s.a.w) di dalam syurga.

18. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau
tiga saudara
perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara
perempuan lalu dia
bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan
mendidik mereka
dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka
baginya syurga.

19. Daripada Aisyah r.a. Barangsiapa yang diuji dengan
sesuatu daripada
anak-anak perempuan lalu dia berbuat baik kepada

mereka, maka mereka
akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka

RoJuL IdaMan-Ku



Lelaki idaman saya adalah seorang lelaki yang beriman
Yang hatinya disaluti rasa takqwa kepada Allah
Yang jiwanya penuh penghayatan terhadap Islam
Yang sentiasa haus dengan ilmu
Yang sentiasa dahaga akan pahala
Yang solatnya adalah maruah dirinya
Yang tidak pernah takut untuk berkata benar


Yang tidak pernah gentar untuk melawan nafsu
Yang sentiasa bersama kumpulan orang-orang yang berjuang di jalan
Allah

Lelaki idaman saya adalah lelaki yang menjaga tuturkatanya
Yang tidak bermegah dengan ilmu yang dimilikinya
Yang tidak bermegah dengan harta dunia yang dicarinya
Yang sentiasa berbuat kebajikan kerana sifatnya yang penyayang
Yang mempunyai ramai kawan dan tidak mempunyai musuh yang bersifat
jembalang

Lelaki idaman saya adalah lelaki yang menghormati ibunya
Yang sentiasa berbakti kepada kedua orang tua dan keluarga
Yang akan mendidik isteri dan anak-anak mendalami Islam
Yang mengamalkan hidup penuh kesederhanaan
Kerana dunia baginya adalah rumah sementara menuju akhirat

Lelaki idaman saya sentiasa bersedia untuk menjadi imam
Yang hidup dibawah naungan Al-Quran dan mencontohi sifat Rasulullah
Yang boleh diajak berbincang dan berbicara
Yang menjaga matanya dari berbelanja
Yang sujud penuh kesyukuran dengan rahmat Allah keatasnya

Lelaki idaman saya tidak pernah membazirkan masa
Matanya kepenatan kerana penat membaca
Suaranya lesu kerana penat mengaji dan berzikir
Tidurnya lena dengan cahaya keimanan
Bangunnya subuh penuh kecergasan
Kerana sehari lagi usianya bertambah penuh kematangan

Lelaki idaman saya sentiasa mengingati mati
Yang baginya hidup di dunia adalah ladang akhirat
Yang mana buah kehidupan itu perlu dibaja dan dijaga
Agar berputik tunas yang bakal menjadi baka yang baik
Meneruskan perjuangan Islam sebelum hari kemudian

Lelaki idaman saya adalah lelaki
Yang tidak terpesona dengan buaian dunia
Kerana dia mengimpikan syurga
Di situlah rumah idamannya
Dan dia ingin membawa saya bersama
Dialah lelaki idaman saya

~A wish from my heart~

Tolong sampaikan pada si dia aku ada pesanan buatnya.. Tolong beritahu si dia, cinta agung adalah cintaNya.. Tolong beritahu si dia, cinta manusia bakal membuatnya alpa.. Tolong nasihati sia dia, jangan menyintaiku lebih dari dia menyintai Yang Maha Esa.. Tolong nasihati si dia, jangan mengingatiku lebih dari dia mengingati Yang Maha Kuasa.. Tolong nasihati si dia, Jangan mendoakanku lebih dari dia mendoakan ibu bapanya.. Tolong katakan pada si dia, Dahulukan Allah kerana di situ ada syurga.. Tolong katakan pada si dia, Dahulukan ibu bapanya kerana di telapak itu syurganya.. Tolong ingatkan si dia. Aku terpikat kerana imannya bukan rupa.. Tolong ingatkan si dia. Aku lebih cintakan zuhudnya bukan harta.. Tolong ingatkan si dia aku kasihinya kerana santunnya.. Tolong sedarkan si dia. Aku milik Yang Maha Esa.. Tolong sedarkan si dia. Aku masih milik keluarga.. Tolong sabarkan si dia, andai diri ini enggan dirapati kerana menjaga batasan cinta.. Tolong sabarkan si dia, bila jarak mejadi penyebab bertambah rindunya.. Tolong pesan padanya. Aku tidak mahu menjadi fitnah besar kepadanya.. Tolong pesan padanya. Aku tak mahu menjadi punca kegagalannya.. Tolong pesan padanya aku membiarkan Yang Esa menjaga dirinya.. Tolong khabarkan pada si dia. Aku tidak mahu melekakan dia.. Tolong khabarkan pada si dia. Aku mahu dia berjaya dalam impian dan cita-citanya.. Tolong khabarkan pada si dia, Jadilah penyokong dalam kejayaanku.. Tolong sampaikan pada si dia. Aku mendambakan cinta suci yang terjaga.. Tolong sampaikan pada si dia, Cinta kerana Allah tidak ternilai harganya.. Tolong sampaikan pada si dia, Hubungan ini terjaga selagi dia menjaga hubungan dengan Yang Maha Kuasa.. Tolong sampaikan kepada si dia kerana aku tidak mampu memberitahunya sendiri… Hanya engkau Ya Allah mengetahui Siapa si dia.. Moga pesananku sampai padanya Walau aku sendiri tidak pasti siapakah si dia.. Moga dia seekor lebah yang sentiasa memuji keagungan Yang Maha Kuasa memasuki taman larangan dengan sopan santunnya dan bertemu mawar berduri yang terjaga oleh tuannya.. Simpanlah pesanan ku ini sehingga engkau bertemu diriku suatu hari nanti… (^_^)v

~Rama-Rama Dan Wanita~


بسم ألله الرحمن الرحيم


Lihatlah rama-rama, ia cantik. Apabila pandangan kita dihiasi rama-rama, kita menjadi sukadan ceria. Hampir semua orang akan tersenyum melihat rama-rama. Ia mengindahkan alam dan menyempurnakan sekuntum bunga. Seindah mana pun bunga tanpa rama-rama mahu hinggap di situ, tentu ada sesuatu yang tidak kena.
Cubalah tangkap dan pegang rama-rama itu dengan sayapnya. Lihat apa yang melekat di jari anda,warna dan corak rama-rama itu telah berpindah ke jari-jari anda. Kemudian lepaskan kembali, ia terbang tapi lebih terbuai oleh angin. Siapa pun yang akan menangkapnya kembali tidak tertarik padanya lagi. Harganya telah tiada untuk dikagumi, disimpan mahukan diawetkan.

Rama-rama ibarat wanita. Ia indah untuk dipegang tetapi nilainya cepat turun setiap kali ada tangan- tangan yang tidak wajar hinggap pada tubuhnya. Memang fizikalnya tiada apa-apa yang kurang, tapi harga diri dan maruah telah mula tercemar. Begitulah wanita. Ia bagaikan rama-rama yang terbang membawa corak-corak indah, apabila corak-corak itu telah pudar ia tidak dipedulikan lagi. Harga rama-rama terletak pada warna dan coraknya; harga wanita terletak pada apakah tubuhnya masih tulen tatkala dia didampingi oleh suaminya.

Rama-rama terpaksa berjuang untuk memulakan hidupnya. Dia terpaksa membebaskan diri daripada kepompong. Bukan mudah untuk keluar daripada kepompong yang mengikat itu. Sedangkan sepanjang berada di dalam kepompong tiada siapa pedulikannya, malah tatkala bergelar ulat ia lebih dibenci.

Sulitnya untuk akhirnya bergelar rama-rama. Terpaksa melalui kitaran dan evolusi bentuk. Daripada sesuatu yang menjijikan akhirnya bertukar menjadi sesuatu yang amat menyenangkan. Rama-rama adalah contoh terbaik wanita untuk sedar betapa bernilainya kehidupan mereka. Sewaktu anda dipuja, usah terlalu mabuk sebaliknya kenang-kenang kehidupan serba susah sebelum itu. Sewaktu anda digoda, dihambat dan dirayu usah terlalu mudah menyerah sebab ingatlah mereka yang bersusah payah memastikan anda dapat bangkit sebagai manusia sempurna hari ini. Anda tidak muncul sendiri, sebaliknya anda adalah lambang pengorbanan ibu bapa.

Usah jadi rama-rama yang di dalam bingkai gambar, indah dipandang tetapi diri sendiri menanggung beban. Hiduplah dengan bebas dan terjemahkan kebebasan itu kepada nilai-nilai murni yang perlu dipertahankan. Hak anda ialah memelihara kehormatan. Selama mana anda memelihara kehormatan dan maruah diri anda berada pada terbaik, sebaik sahaja anda tidak peduli kepada siapa maruah itu hendak diberikan, anda sudah kehilangan masa depan. postman-butterfly Kalaulah rama-rama tahu dia cantik dan sentiasa memukau penglihatan manusia, dia tentu tidak mudah-mudah terbang ke sana sini. Sebab setiap kali ia mengibarkan sayapnya, ia sentiasa terdedah pada bahaya. Namun rama-rama tidak pernah tahu dia itu indah dan sentiasa menjadi sasaran manusia. Jika anda tidak pernah tahu kewanitaan anda itu adalah sasaran terpenting sang penceroboh, anda ibarat rama-rama yang tidak sedar diintai bahaya.

Mahalkan harga diri anda. Semakin sukar anda dimiliki semakin mahal nilai anda di sisi lelaki. Lelaki perosak hanya inginkan kuasa memiliki tetapi tidak mahu setia apalagi memelihara dan melindungi anda. Usah terperangkap ke dalam tangan yang hanya akan meleraikan warna-warna anda. Setelah warna- warna itu hilang anda dibiarkan. Jadilah wanita angun yang punya nilai dan maruah diri, anda akan lebih dihormati. Nilai anda bukan terletak pada berapa ramai lelaki yang ingin memiliki anda tetapi berapa ramai yang benar-benar sanggup menyintai anda. Cinta itu terjemahan pada kasih sayang dan belaian sayang penuh ikhlas. Selama mana anda belum menemuinya anggaplah diri anda masih berhak terbang bebas bagaikan sang rama-rama.

Jadilah rama-rama yang mengindahkan alam, jadilah wanita yang membanggakan semua orang.

-Dipetik dari www.iluvislam.com untuk perkongsian bersama-

POHON SEMALU

بسم ألله الرحمن الرحيم


“Pantang disentuh pasti menunduk sopan, tapi durinya tetap tajam bercerakan”

“Kata-kata itu sebenarnya tidak mempunyai makna untuk menjelaskan perasaan, manusia boleh membentuk 1000 kata-kata,1000 bahasa. Namun, kata-kata yang dilontarkan itu bukan bukti unggulnya perasaan.”

Ungkapan yang begitu indah ini adalah pernyataan atau serlahan terjemahan daripada hati nurani seseorang muslimah yang pada mulanya berada dalam keadaan ‘malu’. Ia cukup berahsia dan berselimut dalam indahnya yang tersembunyi. Alhamdulillah,seorang muslimah yang mengelarkan dirinya sebagai Layyinul Harir ini pada awalnya hanya mampu menjelaskan perasaannya melalui tinta dan mata pena,bukan melalui perbualan ,bukan melalui diskusi bersama muslimah-muslimah sekuliah yang lain.Allah menjadikan wanita dengan segala sifat kelembutan,keindahan dan kasih sayang.Lantaran itu, tidak hairanlah seseorang wanita itu sering dikaitkan dengan keindahan sekuntum bunga. Namun,bagi diri ini,seorang hamba Allah yang amat daif ,terasa masih belum layak untuk memakai kalungan-kalungan indah yang dianugerahkan sebaik sahaja dilahirkan sebagai muslimah.Apatah lagi ingin mengelarkan diri ini sebagai muslimah solehah.Terlalu kerdil rasanya di hadapanNYA. Terlalu banyak kekurangan yang perlu dilitup dan dilengkapi.Namun, syukurku ke hadrat Ilahi kerana ditakdirkan berada dalam jambangan-jambangan syauqah wardah yang cukup terpelihara.Terkadang terasa janggal kerana diri yang begitu lemah ini masih tercari-cari identity diri yang sebenar. Cukuplah andai diri ini sekadar menjadi “ si pohon semalu” yang bersembunyi di pinggir-pinggir halaman dan jarang dipijak orang untuk terus tumbuh subur dan tidak menyusahkan orang ramai. Insya ALLAH..

POHON SEMALU, MEMANG PEMALU..!

Sifat pemalu lambang keindahan dan kemuliaan wanita bermaruah. Hakikatnya ‘malu’ bukan hanya untuk mujahidah semata-mata tetapi untuk para mujahid juga.Bukankah Rasulullah pemalu orangnya?Daripada Sa’id Al-Khudri,katanya,

كا ن رسول ألله أشد حياء من العذراء في خدرها وكان اذا رأى شيأ يكرهه عرفناه في وجهه

“ Baginda Rasulullah adalah seorang yang sangat pemalu lebih daripada seorang dara dalam kelubungnya dan apabila melihat sesuatu yang tidak disukai Baginda, nescaya kami dapat mengecam yang demikian itu daripada wajah Baginda.”

Sabda Rasulullah S.A.W,

“Malu dan Iman itu adalah teman seiring jalan. Jika yang satu diangkat nescaya terangkat pula yang satu lagi”

Bagi si pohon semalu,bersama sifat malunya,ada duri yang tajam berbisa. Duri itu simbolik untuk sebuah perjuangan yang lahir daripada iman. Duri itu ibarat senjata yang mahu meruntuhkan semua kemungkaran yang ada. Itulah senjata hakiki buat seorang mujahidah.

Pohon semalu mengeluarkan bunga ungu yang cantik. Begitulah juga wawasan seorang mujahidah,dia ingin menghiasi alam dengan haruman bunga-bungaan akhlak yang cantik menawan.Selain itu,dedaun yang menghijau pada pohon semalu sangat erat pertaliannya antara satu sama lain.Apabila sehelai daun di sentuh,daun-daun ditepinya akan turut tertutup malu.Tindak balas dedaun itu lambing persaudaraan dan kasih sayang.Begitulah seorang mujahidah,dia perlu memandang semua orangdengan mata dakwah untuk membawa seseorang itu mencintai ALLAH dan Rasulnya.

Hadis Rasulullah S.A.W yang cukup indah,

"الحياء خير كله"

“Malu itu baik semuanya”