CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, June 24, 2010

POHON SEMALU

بسم ألله الرحمن الرحيم


“Pantang disentuh pasti menunduk sopan, tapi durinya tetap tajam bercerakan”

“Kata-kata itu sebenarnya tidak mempunyai makna untuk menjelaskan perasaan, manusia boleh membentuk 1000 kata-kata,1000 bahasa. Namun, kata-kata yang dilontarkan itu bukan bukti unggulnya perasaan.”

Ungkapan yang begitu indah ini adalah pernyataan atau serlahan terjemahan daripada hati nurani seseorang muslimah yang pada mulanya berada dalam keadaan ‘malu’. Ia cukup berahsia dan berselimut dalam indahnya yang tersembunyi. Alhamdulillah,seorang muslimah yang mengelarkan dirinya sebagai Layyinul Harir ini pada awalnya hanya mampu menjelaskan perasaannya melalui tinta dan mata pena,bukan melalui perbualan ,bukan melalui diskusi bersama muslimah-muslimah sekuliah yang lain.Allah menjadikan wanita dengan segala sifat kelembutan,keindahan dan kasih sayang.Lantaran itu, tidak hairanlah seseorang wanita itu sering dikaitkan dengan keindahan sekuntum bunga. Namun,bagi diri ini,seorang hamba Allah yang amat daif ,terasa masih belum layak untuk memakai kalungan-kalungan indah yang dianugerahkan sebaik sahaja dilahirkan sebagai muslimah.Apatah lagi ingin mengelarkan diri ini sebagai muslimah solehah.Terlalu kerdil rasanya di hadapanNYA. Terlalu banyak kekurangan yang perlu dilitup dan dilengkapi.Namun, syukurku ke hadrat Ilahi kerana ditakdirkan berada dalam jambangan-jambangan syauqah wardah yang cukup terpelihara.Terkadang terasa janggal kerana diri yang begitu lemah ini masih tercari-cari identity diri yang sebenar. Cukuplah andai diri ini sekadar menjadi “ si pohon semalu” yang bersembunyi di pinggir-pinggir halaman dan jarang dipijak orang untuk terus tumbuh subur dan tidak menyusahkan orang ramai. Insya ALLAH..

POHON SEMALU, MEMANG PEMALU..!

Sifat pemalu lambang keindahan dan kemuliaan wanita bermaruah. Hakikatnya ‘malu’ bukan hanya untuk mujahidah semata-mata tetapi untuk para mujahid juga.Bukankah Rasulullah pemalu orangnya?Daripada Sa’id Al-Khudri,katanya,

كا ن رسول ألله أشد حياء من العذراء في خدرها وكان اذا رأى شيأ يكرهه عرفناه في وجهه

“ Baginda Rasulullah adalah seorang yang sangat pemalu lebih daripada seorang dara dalam kelubungnya dan apabila melihat sesuatu yang tidak disukai Baginda, nescaya kami dapat mengecam yang demikian itu daripada wajah Baginda.”

Sabda Rasulullah S.A.W,

“Malu dan Iman itu adalah teman seiring jalan. Jika yang satu diangkat nescaya terangkat pula yang satu lagi”

Bagi si pohon semalu,bersama sifat malunya,ada duri yang tajam berbisa. Duri itu simbolik untuk sebuah perjuangan yang lahir daripada iman. Duri itu ibarat senjata yang mahu meruntuhkan semua kemungkaran yang ada. Itulah senjata hakiki buat seorang mujahidah.

Pohon semalu mengeluarkan bunga ungu yang cantik. Begitulah juga wawasan seorang mujahidah,dia ingin menghiasi alam dengan haruman bunga-bungaan akhlak yang cantik menawan.Selain itu,dedaun yang menghijau pada pohon semalu sangat erat pertaliannya antara satu sama lain.Apabila sehelai daun di sentuh,daun-daun ditepinya akan turut tertutup malu.Tindak balas dedaun itu lambing persaudaraan dan kasih sayang.Begitulah seorang mujahidah,dia perlu memandang semua orangdengan mata dakwah untuk membawa seseorang itu mencintai ALLAH dan Rasulnya.

Hadis Rasulullah S.A.W yang cukup indah,

"الحياء خير كله"

“Malu itu baik semuanya”

No comments:

Post a Comment