Di kesempatan ini saya ingin
berkongsi sunnah2 Rasulullah yang menjadi simpanan saya yang diterima daripada
Imam Muda Asyraf menerusi SmS Tazkirah Asyraf..
1) Cara Nabi bermesra dengan
kanak-kanak ialah dengan mengusap kepala kanak-kanak.Jika dengan orang yang
lebih berusia,Nabi akan mengusap bahu dan bertanya khabar mereka.
2) Nabi melarang buat halangan/
lemparan najis dan kotoran ke jalan dan sungai terutamanya air yang bergenang
kerana ia terlibat untuk kegunaan awam.Biasanya Nabi yang mengalihkannya.
3) Nabi tidak suka pada kerja sambil
lewa. katanya ALLAH suka pada orang yang bekerja dengan penuh strategik,kemas
dan smart.dalam istilah hadis dipanggil itqan.
4) Apabila kiamat sedang berlaku dan
di tanganmu ada benih,kalau dia masih sempat menanam benih itu,hendaklah benih
itu ditanam.Dengan itu dia akan mendapat pahala.
5) Nabi SAW apabila duduk dihadapan
orang,ia akan duduk sedikit ke sisi agar bahagian depan lututnya tidak terus
menghala ke arah orang yang dihadapannya.
6) Di belakang badan Nabi SAW, di
antara 2 belikatnya terdapat sedikit isi yang timbul berwarna gelap dan
berbulu,bukti kenabian yang diketahui termasuk oleh pendeta Yahudi dan Nasrani.
7) Sunnah tidur sebebtar sebelum
zohor (qailullah) dan bangun sebelum gelincir matahari untuk solat zohor.
Ia dapat memberi kesegaran yang hebat.
8) Nabi SAW gemar pakaian warna
putih. baginda tidak menggemari pakaian kuning kemerahan seperti sami
terutamanya pada lelaki.
9) Nabi SAW menggalakkan untuk tidur
beralaskan kain ketika tidur di masjid. posisi tidur jangan meniarap tetapi
mengiring atas rusuk kanan,muka dan badan mengadap kiblat.
10) Nabi SAW rajin berdikari
membantu isterinya. Ia pernah mencuci baju sendiri,mencari makanan sendiri dan
melayan dirinya sendiri jika isterinya sedang sibuk.
11)Nabi SAW tidak suka makanan yang
terlalu panas dan terlalu sejuk. Jika panas,beliau melarang tiup,biar ia sejuk
sendiri.
12)Nabi SAW akan menanggalkan segala
kalimah ALLAH ketika masuk tandas. Ulama' juga melarang duduk membuang air
terlalu lama dikhuatiri penyebab buasir.


No comments:
Post a Comment