Syukran Jazilan Ya Allah..
Tatkala diri ini gersang,ada yang menyuburkannya
Tatkala diri ini gelisah,ada yang menenangkannya
Tatkala diri ini kerisauan, ada yang menguatkan semangat
Tatkala diri ini kekeliruan,ada yang menghulurkan pandangan
Syukran Jazilan Ya Karim..
Kerana mengurniakanku sahabat-sahabat yang baik
Kerana mengurniakanku waktu dan peluang untuk berfikir
Kerana mengurniakanku kesempatan untuk muhasabah diri
Kerana mengurniakanku peluang untuk terus memajukan diri
Syukran Jazilan Ya Rahman..
Bukan intan permata yang kuharapkan..
Bukan emas berlian yang kuidamkan..
Bukan pangkat dan harta yang kudambakan..
Bukan pujian dan kata-kata manis yang kuimpikan..
Namun,
Aku tahu Engkau Tuhanku..
Adalah cinta agung...
aku pun mahu mencintaiMu...
aku tahu mencintaiMu amat perlu..
Ia kemuncak daripada segala kebahagiaan..
aku berusaha kearah itu..
tapi cintaku padaMu Tuhan selalu terganggu..
nafsuku, dan syaitan terkutuk. .
dunia mempersona menggamit selalu..
di waktu itu lupa ku padaMu. cintaku jauh sekali.. sekali sekala. datang juga, walaupun sedikit terasa indah nya.. kemudian lupa lagi..
Adakalanya lupa ku padaMu berpanjangan ...
kemudian sekali sekala sedar kembali..
Engkau Cinta Agung... Engkau patut dicintai... selepas itu lupa lagi.
begitu cintaku kepadaMu Tuhan.. dengan kelalaian silih berganti..
oh Tuhan....
Dengan hati yang sedih ini...
tolong lah aku dengan rahmatMu.. bantulah aku mencintaiMu...
agar cinta yang palsu.. terkubur sendiri...
itulah harapan ku padaMu.
Untuk renungan bersama..Dipetik daripada Filem Ketika Cinta Bertasbih..
"cinta adalah kekuatan...
yang mampu mengubah duri jadi mawar...
mengubah cuka jadi anggur...
mengubah sedih jadi riang...
mengubah amarah jadi ramah...
mengubah musibah jadi muhibbah...
itulah cinta..."
~Ayatul Husna~
~Ayatul Husna~
"sekalipun cinta telahku uraikan...
dan ku jelaskan panjang lebar...
namun jika cintaku datangi...
aku jadi malu pada keteranganku sendiri..."
~Anna Althafunnisa~
"meskipun lidahku telah mampu menguraikan...
namun tanpa lidah...
cinta ternyata lebih terang...
sementara pena begitu tergesa-gesa menuliskan...
kata-kata pecah berkeping-keping...
begitu sampai kepada cinta..."
"dalam menguraikan cinta...
akal terbaring tak berdaya...
bagaikan keldai terbaring dalam lumpur...
cinta sendirilah yang menerangkan cinta dan pencinta..."
~Anna Althafunnisa~

No comments:
Post a Comment