
Ada apa dengan cincin?? Bak kata orang ia melambangkan sebuah ikatan atau perhubungan. Adakah kamu mengetahui wujudnya cincin Ahli Syurga dan Ahli Neraka? Ana ingin berkongsi rahsia cincin yang Allah S.W.T telah sediakan untuk setiap hambaNya tidak kiralah ke mana hala tuju mereka nanti...
Allah perintahkan malaikat membawa hadiah..iaitu kain daripada syurga..
Dan apabila penghuni syurga hendak melangkah masuk ke dalam syurga...
malaikat berkata..
"sesungguhnya..saya membawa hadiah daripada Allah s.w.t..
saya membawa kain yang wangi dan 10 cincin dari Allah.."
Apabila penghuni syurga mendapat kain yang wangi itu,saya membawa kain yang wangi dan 10 cincin dari Allah.."
mereka memakai kain itu..
mereka memerhatikan 10 bentuk cincin yang diberikan ALLAH itu..
rupa-rupanya...
setiap cincin..ada tulisannya...
cincin 1 ditulis : berbahagialah kamu...masuklah kamu ke dalam syurga
sedangkan kamu kekal di dalamnya..
cincin 2 ditulis : kami hilangkan kesedihan dan kebingungan kamu
cincin 3 ditulis : inilah syurga yang diwariskan pada kamu atas amalan ketika hidup dahulu
cincin 4 ditulis : kami kahwinkan kamu dengan bidadari yang cantik jelita
cincin 5 ditulis : syurga ini penuh dengan pelbagai kenikmatan yang akan kamu dapat tanpa
perlu bersusah payah
cincin 6 ditulis : Di dalam syurga kamu akan mendapat semua pahala dan kenikmatan berkat amal kebajikan
cincin 7 ditulis : kamu tidak akan tua selama-lamanya
cincin 8 ditulis : kamu akan menjadi orang yang aman dan tidak akan takut selama-lamanya
cincin 9 ditulis : kamu akan bersama dengan nabi,para sahabat, para tabi'in,para syuhada', siddiqin, solihin...
cincin 10 ditulis: kamu akan berada di sisi TUHAN yang memiliki arasy yang Maha Mulia
Namun, apabila kamu menjadi penghuni neraka...
malaikat akan turun dengan membawa kain yang busuk dan membawa 10 bentuk cincin ..
10 bentuk cincin ini ditulis..
cincin 1: masuklah kamu ke dalam neraka , kamu tidak akan mati selama-lamanya dan kamu tidak akan keluar dairpada neraka ini..
cincin 2: tenggelamlah kamu di dalam seksa yang tidak henti-henti.
cincin 3: putuslah harapan kamu untuk mendapat rahmat dari ALLAH
cincin 4: masuklah kamu dalam neraka dengan penuh kebingungan dan kesedihan
cincin 5: pakaian kamu adalah api, makanan kamu adalah zaqqum yang pedih, minuman kamu adalah air yang sangat panas mendidih, tilam dan tempat berteduh kamu adalah api..
cincin 6: ini adalah merupakan balasan dan perbuatan maksiat yang kamu lakukan
cincin 7: kemurkaan ALLAH atas kamu untuk selama-lamanya..
cincin 8: kamu akan dilaknat atas dosa besar yang kamu lakukan dengan sengaja tetapi kamu tidak bertaubat dan menyesal
cincin 9: teman kamu adalah Syaitan selamanya
cincin 10: kamu telah mengikuti syaitan dan mengharapkan dunia..maka inilah balasan kamu..
*mudah-mudahan dengan merenung cincin Ahli Syurga dan Neraka ini kita akan menyesal dan bertaubat...semoga kita akan mendapat kebahagiaan di dunia dan akhirat..
insyaALLAH..

No comments:
Post a Comment