CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, January 6, 2012

~Berjalan Tanpa Henti~



Salam Safar..
Berjalan Tanpa Henti-Deevotees.

Bagaikan jauh jalan yang kutempuh
Langkah demi langkah akan kugagah
Hari demi hari berjalan tanpa henti
Yakinku ada sinar yang menanti

Bila dah bertemu arah
Yakin penuh pasrah
Pada-Nya yang kuasa di kau berserah

Jika kau rebah
Jika kau kalah
Bersaksilah rahmat-Nya akan terserlah

Segala kepahitan segala keperitan
Terima bagai penghapus dosa
Malang yang menimpa
Duka yang melara
Mungkin di baliknya ada bahagia

Jangan jangan berputus asa
Dari rahmat-Nya Yang Maha Esa
Jangan jangan kita lupa
Ujian lumrahnya dunia

Kau dah temu arah
Yakin penuh pasrah
PadaNya yang kuasa dikau berserah

Jika kau rebah
Jika kau kalah
Bersaksilah rahmat-Nya akan terserlah

Segala kepahitan segala keperitan
Terima bagai penghapus dosa
Malang yang menimpa
Duka yang melara
Mungkin di baliknya ada bahagia

Jangan jangan berputus asa
Dari rahmat-Nya Yang Maha Esa
Jangan jangan kita lupa
Ujian lumrahnya dunia

Sudah genap 2 minggu pemergian ayahandaku yang tercinta, Ismail bin Abd Rahman ke rahmatullah..terasa sayu hati ini apabila mengenangkan kenangan-kenanganku bersamanya,dari sejak mula bertatih hinggalah sekarang. Namun,Allah S.A.W lebih menyanyanginya..Aku pasrah dan redha dengan Qada' dan Qadar Illahi, mungkin DIA lebih menyanyanginya. Pemergian ayahandaku yang dikasihi pada Jumaat, 23hb December 2011, jam 6:58 ptg begitu menyentap hatiku. Pemergiannya ke sisi Illahi tanpa aku sempat menemuinya..Namun aku redha, ku kuatkan semangatku bahawa dia telah pun pergi menemui Penciptanya yang Maha Esa..Ayahandaku yang menderita, menghidap penyakit kanser paru-paru selama setahun yang lepas membuatkan aku lebih tegar untuk melepaskannya pergi. Aku tahu dia sudah lama menahan sakitnya,hanya dia sahaja yang mengetahui,walaupun berbagai cara telah dicuba,pelbagai usaha telah dilakukan ,namun Allah lebih menyayanginya.Aku redha dengan pemergiannya ke sisiMu Ya Allah.. ~Tempatkanlah ayahandaku di kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh, semoga rohnya aman dan sejahtera di alam sana ~Semoga Engkau kuatkan kami untuk menghadapi sisa hidup dengan lebih tabah,sabar tanpa ayahanda yang di sayangi di sisi...~semoga kami sabar dan tidak jemu untuk terus berjuang menjaga ummiku yang tercinta, Suryati binti Ramli hingga ke hujung nyawanya,kerana hanya dia buah hati kami semua yang masih tinggal, untuk kami mencari ketenangan dan melepaskan kerinduan..Pnjangkanlah umurnya,sihatkanlah dia,pulihkan dia agar dia kuat menghadapi hidup tanpa suami yang tersayang~

Terus berjalan tanpa henti,jangan takut dan jangan besedih hati :)











No comments:

Post a Comment