CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday, March 13, 2012

..Muhasabah diri..



 “Peluang yang besar itu datang secara tiba-tiba…datang tidak menentu masa..
datang disaat kita kesempitan atau kesusahan."

"Nilailah peluang itu dengan secara bijaksana. Rebutlah peluang yang besar itu, kerana peluang yang besar itu boleh berlalu dengan tiba-tiba.."

"Jangan jadikan Seribu Alasan untuk tidak merebut peluang yang besar itu!”
-Prof. Dr. Hamka





Bismillahirahmanirahim..
Assalamualaikum w.b.t..sudah lama agaknya blog ini kutinggalkan bersawang.tetiba malam ini terasa ingin meluahkan apa yang dirasa.Hati ini sekadar ingin berkongsi..

Seusai Bicara Mahasiswa Islam yang diadakan pada pukul 8:30 malam td di DKU FPQS, hati ini terasa begitu tersentuh.bukan tidak pernah perasaan ini lahir dalam diri,banyak cara telah kuubati..namun,aku sedar dengan kudrat ku yang lemah dan tidak mampu meluahkan sering kali membuat hatiku menangis.tidak mampu kuhuraikan dengan kata,namun hanya Engkau yang Maha Mengetahui.. Menagiskah hatiku ini??

Inginku sadarkan diriku ini agar tidak terlalu merendah diri,tidak sepatutnya aku berkecil hati,tidak seharusnya aku terlalu beremosi kerana aku percaya aku belum menemui diriku yang sebenar..

Kata sahabatku, "Buat ape kita nak fikir apa yang orang fikir tentang kita?", "buat xtahu jew dengan pandangan orang lain terhadap kita.." semua ini lah yang telah banyak menganggu perasaan kami,telah banyak menguris hati kami,namun kami hanya kuat menghadapinya...

aku tersentuh dengan kata-kata seorang panel tadi yang mengatakan bahawa rugilah kalau kita tidak mahu merebut peluang untuk sama-sama berjuang, sesudah kita tahu islam pasti akan menang jua..kata-kata beliau ini pernah kudengar oleh sahabatku 1 tahun yang lalu..terasa seperti kata-kata beliau ini betul-betul ditujukan kepadaku..Bodohnya diri ini yang leka dan mengabaikan sesuatu yang begitu penting kepada hidupku suatu masa dahulu menyebabkan diri ini berfikir sejenak..

Hatiku seakan ingin menangis akan tetapi aku tidak mampu menzahirkannya...Seakan-akan aku perlu membuat sesuatu untuk diriku dan saudara-saudariku di luar sana...mampukah aku???
terasa masih ada yang kurang dalam diri ini..
terasa cemburu dengan rakan-rakan yang telah berjaya mencari apa yang mereka kehendaki..
terasa diri ini tidak ada apa-apa kelebihan...
dipandang enteng oleh rakan-rakan kerna tiada kepentingan...
Aku terlalu lemah apabila memikirkan semua ini..

Ditambah pula dengan jurusan non-islamic yang aku ambil di kampus,kekadang aku merenung jauh..cemburu pada rakan-rakan yang mendalami ilmu-ilmu akhirat kadang-kadang membuak-buak..aku salah pilih kos ke? macam mana nak aplikasi ilmu-ilmu agama dalam jurusan aku ini?
Mcam mana aku hendak tukar jurusan ini ke arah yang lebih Islamik?Aku terdiam kaku..
malam ini membuatkan aku banyak berfikir dan bermuhasabah diri..dan aku buntu memikirkannya...

No comments:

Post a Comment