CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday, March 14, 2012

Sunnah Rasul~memuliakan kanak2




Alhamdulilah kerana masih dikurniakan nikmat kesihatan dan masa lapang, yang mana kedua-dua nikmat pemberian Illahi ini sering kita lupai.nikmat kesihatan dan masa lapang ini seringkali kita abaikan,kita salurkan pada aktiviti yang tidak berfaedah contohnya menonton youtube,melayari facebook,dan macam-macam lagi.Justeru,sebagai satu alternatif untuk mengisi nikmat masa lapang pada hari ini,suka rasanya untuk saya berkongsi sedikit mengenai sunnah Nabi kita ,Rasulullah S.A.W Al-Amin.

Pertamanya,saya ingin menjelaskan terlebih dahulu mengenai apa itu yang dikatakan sunnah Nabi S.A.W?? Sunnah itu terbahagi kepada 4 definisi.

Pertama
..

Sesungguhnya, segala sesuatu yang terdapat di dalam Al-Kitab (Al-Quran) dan As-Sunnah (hadis Rasulullah S.A.W) adalah sunnah Rasulullah S.A.W. Ia merupakan sebuah jalan yang ditempuh oleh Rasulullah S.A.W. Antara contoh definisi ini adalah sabda beliau,

(مَنْ رَغِبَ عَنْ سُنَّتِيْ فَلَيْسَ مِنِّيْ)

“Barangsiapa yang menolak sunnahku maka dia bukanlah bagian dariku.”

(H.R. Bukhari [5063] dan Muslim [1401])

Kedua..

Sunnah yang bermakna “al-hadits”. Hal tersebut jika digandingkan dengan “Al-Kitab”. Di antara contohnya adalah sabda Rasulullah S.A.W,

(يَا أَيُّهَا النَّاسُ قَدْ تَرَكْتُ فِيْكُمْ مَا إِنِ اعْتَصَمْتُمْ بِهِ فَلَنْ تَضِلُّوْا أَبَدًا: كِتَابَ اللهِ وَسُنَّةَ نَبِيِّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ)

“Wahai sekalian manusia, sungguh telah aku tinggalkan bagi kalian sesuatu yang jika kalian berpegang teguh dengannya maka kalian kalian tidak akan tersesat selamanya, iaitu Kitabullah dan sunnah Nabi-Nya shallallahu ‘alaihi wa sallam.”

Juga sabda beliau shallallahu ‘alaihi wa sallam,

(إِنِّيْ قَدْ تَرَكْتُ فِيْكُمْ شَيْئَيْنِ لَنْ تَضِلُّوْا بَعْدَهُمَا: كِتَابَ اللهِ وَسُنَّتِيْ)

“Sesungguhnya telah aku tinggalkan dua hal bagi kalian sehingga kalian tidak akan tersesat selamanya setelah berpegang teguh dengan kedua hal tersebut iaitu Kitabullah dan sunnahku.”

Ketiga..


Sunnah pun dapat didefinisikan sebagai lawan dari bid’ah. Di antara contoh penggunaannya adalah sabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam dalam hadits ‘Irbadh bin Sariyah,

(فَإِنَّهُ مَنْ يَعِشْ مِنْكُمْ فَسَيَرَى اخْتِلاَفًا كَثِيْرًا، فَعَلَيْكُمْ بِسُنَّتِيْ وَسُنَّةِ الْخُلَفَاءِ الْمَهْدِيِّيْنَ الرَّاشِدِيْنَ، تَمَسَّكُوْا بِهَا وَعَضُّوْا عَلَيْهَا بِانَّوَاجِذِ، وَ إِيَّاكُمْ وَمُحْدَثَاتِ اْلأُمُوْرِ؛ فَإِنَّ كُلَّ مُحْدَثَةٍ بِدْعَةٌ، وَكُلَّ بِدْعَةٌ ضَلاَلَةٌ)

“Sesungguhnya barangsiapa di antara kalian yang tetap hidup (setelah kematianku), nescaya akan menyaksikan banyak perselisihan. Maka, berpegang teguhlah kalian dengan sunnahku dan sunnah khulafa’ ar- rasyidin yang memperoleh petunjuk dan berilmu. Gigitlah sunnah tersebut dengan gigi geraham kalian, serta berhati-hatilah terhadap perkara-perkara baru yang dibuat-buat. Sungguh, setiap perkara baru yang dibuat-buat adalah bid’ah, dan setiap bid’ah itu sesat!”

(Hadits ini dikeluarkan oleh Abu Daud [4607]

Keempat..

Sunnah pun dapat bermakna “mandub” dan “mustahab”, yaitu segala sesuatu yang diperintahkan dalam bentuk anjuran, bukan dalam bentuk pewajiban. Definisi ini digunakan oleh para ahli fikih. Di antara contohnya adalah sabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam,

(لَوْلاَ أَنْ أَشُقَّ عَلَى أُمَّتِيْ لَأَمَرْتُهُمْ بِالسِّوَاكِ عِنْدَ كُلِّ صَلاَةٍ)

“Seandainya bukan karena takut memberatkan umatku, nescaya akan kuperintahkan mereka untuk melakukan siwak setiap hendak melaksanakan solat.”

(Diriwayatkan oleh Al-Bukhari [887] dan Muslim [252])

Sebenarnya pada hari ini,ingin saya berkongsi satu sunnah Rasulullah S.A.W yang saya baru terima melalui Khimat simpanan ringkas(SMS) daripada Imam Muda Asyraf iaitu SMS Tazkirah Asyraf yang kini boleh dilanggan menerusi sms sahaja.Tazkirahnya,


"Cara Nabi bermesra dengan kanak-kanak ialah dengan mengusap kepalanya.Jika dengan orang yang lebih berusia, Nabi akan mengusap bahu dan bertanya khabar mereka."


Disini jelas dapat kita lihat bahawa Nabi S.A.W amat menyayangi kanak-kanak.Baginda menyukai kanak-kanak dan sering mengusap kepala mereka. Itu ialah cara Baginda S.A.W memuliakan kanak-kanak.Seorang sahabat Nabi S.A.W, Salamah Al-Aqwa' pernah diangkat oleh baginda S.A.W di atas unta. Dan setelah turun dari unta tersebut,Nabi S.A.W. mengusap mukanya di depan sahabat-sahabat baginda yang lain sehingga timbul rasa cemburu mereka terhadap Salamah. Salamah Al-Aqwa' berasa sangat gembira setelah peristiwa mukanya diusap oleh Nabi S.A.W. Baginda S.A.W sengaja mengusap kepala kanak-kanak untuk menunjukkan bahawa Baginda menyukai kanak-kanak. Kesimpulannya di sini,suka saya nyatakan bahawa Rasulullah S.A.W amat memuliakan kanak-kanak dan pada hari ini,kita semua harus memuliakan semua kanak2 kerana Baginda memuliakan mereka.Akhir kalam, "Sesiapa yang tidak mengikut sunnahku,maka dia bukan dari golonganku".






1 comment:

  1. salam,nak tanye, hadis tentang nabi mengusap kepala kanak-kanak ni dari sumber rujukan hadis mana ye ?

    ReplyDelete